Sultan Muhammad
Al-Fateh dididik oleh dua orang ulama, iaitu As-Syaikh Syamsuddin
Al-Wali dan As-Syaikh Al-Bayram. Walaupun tidak berstatus ulama, tetapi
Sultan Muhammad Al-Fateh amat patuh kepada Allah SWT, sehingga sejarah
membuktikan bahawa beliau merupakan salah seorang tokoh politik yang
bertaqwa kepada Allah SWT.
Di kala beliau hendak melakukan serangan terhadap Kota Konstentinopel, beliau membaca hadis Nabi SAW
yang menyebut bahawa kota Konstentinopel akan dikuasai oleh Islam, di
kala raja yang menyerang itu adalah raja yang baik, disamping tenteranya
juga adalah tentera yang baik. Merenung
dan mentadabburkan hadis itu, menyebabkan Sultan Muhammad Al-Fateh
telah berusaha hendak menjadikan dirinya sebagai orang yang baik.
Adapun tentera-tenteranya, Sultan Muhamad Al-Fateh telah
membawa mereka ke satu kepulauan untuk diadakan latihan di sana. Dalam
latihan itu, diberi penekanan dari sudut jasmani dan rohani. Pada
siangnya, mereka ditadribkan dengan latihan ketenteraan. Pada sebelah
malamnya pula, mereka ditarbiyyah dengan tahajud dan baca Al-Quran. Sultan
Muhammad Al-Fateh tidak membiarkan latihan itu diserahkan kepada ketua
perang yang dilantik, bahkan baginda Sultan sendiri menghadiri latihan
ketenteraaan tersebut.
Pada
siangnya, Sultan Muhammad Al-Fateh berada di atas kuda memerhatikan
latihan ketenteraan yang dilibatkan kepada tentera-tenteranya. Pada
waktu malamnya pula, Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri berjalan menyiasat
di khemah-khemah tentera, apakah mereka bertahajud dan baca Al-Quran
atau tidak. Setelah sekian lama berada dalam latihan tersebut, Sultan Muhammad Al-Fateh masih sangsi terhadap ketaqwaan yang wujud dalam diri para tenteranya.
Bagi memastikan ketaqwaan
tenteranya itu, pada suatu malam, Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri
telah memanggil dua orang tenteranya yang berjawatan rendah. Setelah memanggil dua orang tenteranya itu, baginda menyuruh agar mereka mencari sebuah biji delima pada malam itu juga, kerana sultan muhammad Al-Fateh mahu memakannya.
Dua
tentera tersebut mencari kebun delima dalam pulau tersebut, dan
ternyata mereka ketemui kebun delima, tetapi menyedihkan mereka tidak
bertemu tuan kepada kebun tersebut. ”kalau
kita tidak jumpa juga tuan kebun delima ini, kita ambil je buah delima
ini. lagi pun, kerajaan ini adalah kerajaan Sultan Muhammad. Buah delima
ini pula, hendak di makan oleh sultan Muhammad. Kalau tuan kebun ini
marah, pasti dia tidak boleh berkata apa-apa” kata salah seorang tentera
tersebut kepada kawannya. kawannya itu terkamam dan diam sekejap seakan-akan berfikir.
Sedetik
kemudian dia bersuara, ”mana boleh.. memang kerajaan ini adalah
kerajaan Sultan Muhammad, tetapi jika kita berbuat demikian, sudah pasti
perbuatan ini adalah mencuri. Buah curi adalah makanan haram. Aku tidak
redha sultan aku makan makanan yang bersumber dari yang haram” tentera tersebut diam seribu bahasa dan akur dengan apa yang diungkapkan oleh kawannya itu.
Disebabkan tidak berjumpa dengan tuan kebun delima, maka kedua-dua tentera tersebut pulang tanpa membawa apa-apa pun. Ketika sampai berhadapan dengan Sultan Muhammad Al-Fateh, baginda Sultan bertanya, “manakah buah dilema yang aku pesan?” “kami
berjumpa dengan kebun delima, tetapi kami tidak ketemui tuan kebun
tersebut” jawab salah seorang dari kedua-dua tenteranya dengan tegas. “mengapa
kamu tidak mengambil buah delima itu sahaja. Bukankah kamu tahu bahawa
kerajaan ini adalah kerajaan aku?” soal Sultan Muhammad Al-Fateh lagi.
Seorang
lagi dari kedua-dua tentera itu menjawab, “pada peringkat awalnya, kami
memang mahu mengambilnya tanpa meminta izin. Tetapi, kami tidak redha
sultan kami makan makanan
haram, justeru kami tidak mengambil buah tanpa keizinan tuan kebun
delima itu, kerana itu adalah tindakan mencuri yang diharamkan oleh
Allah SWT”. Sultan
muhammad Al-Fateh dengar jawapan kedua-dua tentera bawahannya itu.
Memahami dari itu, Sultan Muhammad terus beranggapan bahawa tenteranya
adalah tentera yang baik, sesuai dengan pesanan nabi SAW yang
mengatakan, kota konstentinopel akan dikuasai oleh raja yang baik dan
tentera yang baik. Dengan
kejayaan tadridiyyah badaniyyah dan tabiyyah ruhaniyyah ini,
menyebbakan Sultan Muhammad Al-Fateh mengarahkan tentera-tenteranya
untuk memulakan rancangan menyerang Kota Konstentinopel dan akhirnya
tentera Islam pimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh menang.
Hebatnya kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh dalam mengurus tenteranya. Ekoran itulah, tidak hairan perttolongan Allah berikan kepada tentera Sultan Muhammad sehingga mencapai kemenangan.
Apakah wujud lagi kehebatan pemimpin seperti Sultan Muhammad Al-Fateh??
Semoga
kita Wahai Pemuda akan berusaha merealisasikanya kalau dahulu Sultan
Muhammad Al-Fateh membebaskan Kota Konstentinopel ke tangan kuasa umat
Islam. Hari ini Al-Fateh kedua akan membebaskan Malaysia dan dunia agar
terwujudnya Khilafah yang diimpikan oleh seluruh Pecinta Kemenangan
Islam Akhir Zaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan