Tarbiyah Islamiyah bukan sekadar membentuk seseorang
itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja.
Bahkan ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan
kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT.
Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehingga
menjadi mujahid yang kukuh iman mereka, sentiasa bersedia untuk berkorban
dan berjihad pada jalan Allah. Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah,
maka tampillah para da'i yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah
Islam melalui lisan dan contoh yang baik. Apabila Islam memerlukan pengorbanan
harta benda, maka tampillah sahabat yang mempunyai harta kekayaan menyerahkan
harta benda mereka kepada Rasulullah SAW dengan penuh keredhaan tanpa bakhil,
seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Osman Ibn Affan dan Abdul
Rahman al-'Auf.
Semua ini adalah peribadi yang lahir hasil daripada
tarbiyah imaniyah yang berjalan di dalam madrasah Rasulullah SAW. Didikan
Rasulullah SAW bukan untuk melahirkan ahli falsafah atau kumpulan sufi
yang asyik dengan riadah ruhiyah semata-mata tanpa menghiraukan tipudaya
musuh yang ingin menghancurkan Islam. Rasulullah SAW pernah menegur seorang
lelaki yang ingin mengasingkan diri untuk beribadah dan meninggalkan jihad.
Kata Rasulullah SAW kepada lelaki itu;
"Jangan kamu lakukan demikian. Sesungguhnya
tegak seseorang kamu di jalan Allah (berjihad) adalah lebih utama daripada
ia sembahyang dirumahnya selama 70 tahun. Apakah kamu tidak suka Allah
mengamponkan kamu serta memasukkan kamu ke dalam syurga? Berjihadlah pada
jalan Allah. Sesiapa yang berperang pada jalan Allah di atas belakang unta
, maka wajiblah baginya syurga" (Hadis riwayat At-Tarmizi).
Hasan al-Banna pernah menyebutkan:
'Jihad adalab fardu yang berjalan terus sampai
hari kiamat."
Sabda Rasuluilah SAW:
"Barangsiapa mati padahal dia tidak berjihad
dan tidak pernah berniat berjihad, maka matinya seperti mati jahiliyah.'
Serendah-rendah tingkat iihad itu ialah dengan
cara membantah di dalam hati, dan setinggi-tingginya ialah perang fi sabilillah
kerana kebenaran. Di antara kedua-dua tingkatan itu terdapat cara-cara
jihad yang lain seperti berjihad dengan lidah, berjihad dengan pena, berjihad
dengan tangan dan bejihad dengan cara berani bercakap benar di hadapan
raja yang zalim. Semua sifat dan tingkatan jihad tersebut akan lahir
melalui proses Tarbiyah lmaniyah, lnsyaallah.
Proses Tarbiyah mesti berterusan
Proses Tarbiyah lmaniyah mestilah berterusan,
tidak boleh diabaikan atau dihentikan separuh jalan atau ditamatkan.
Silibusnya mencakupi sepanjang hayat seorang muslim.
Menurut Al Syekh Mustafa Masyur bahawa Tarbiyah
dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok
yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami
sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika
dibajai dan disirami. Demikianiah manusia. Hidup sebenarnya
bagi individu atau jemaah adalah kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya
adalah hidup hatinya dengan keimanan bukan hidup jasad yang akan fana.
Iman di dalam hati itulah yang akan melahirkan kehidupan yang bermakna.
Hati perlu digilap seialu kerana ia mungkin berkarat. Rasuluilah SAW bersabda
yang bermaksud:
"Sesunggubnya hati manusia itu berkarat seperti
berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?.
Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).' (HR
Al Baibaqi)
lman yang berada dalam iiwa manusia sentiasa terdedah
kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh berbagai penyakit
seperti kesibukan urusan duniawi, dan lain-lain. Oleh itu kita perlu
banyak memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui
keimanan kita. Sabda Rasuluilah SAW:
"Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti
lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memobon doa kepada Allah SWT supaya
diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.' (HR Al Hakim dan At Tabrani)
Faktor kejayaan Tarbiyah lslamiyah
Dr. Yusuf AI Qardhawi dalam bukunya, telah menjelaskan
bahawa di sana ada beberapa faktor yang membantu menjayakan Tarbiyah lslamiyah,
antaranya :
i. Keyakinan sepenuhnya
bahawa tarbiyah adalah satu-satunya wasilah yang paling berkesan untuk
merubah masyarakat, melahirkan rijal don seterusnya mencapai kejayaan.
Melalui tarbiyahlah Rasuluilah SAW berjaya membentuk generasi rabbani sebagai
contoh yang sukar ditandingi.
Jalan Tarbiyah adalah jalan yang jauh, jalan yang
sukar dan jalan yang bertahap-tahap. Sedikit sekali yang mampu mengharungi
jalan ini, tapi ianya satu-satunya jalan untuk sampai kepada kejayaan.
ii. Hanya Tarbiyah Islam
yang mempunyai manhaj dan matlamat, lengkap dalam semua aspek dan jelas
dari segi sumber, proses don perancangannya.
iii. Tarbiyah lslamiyah mampu
mewujudkan suasana masyarakat yang harmoni. Suasana ini membantu
setiap anggota masyrakat hidup secara Islam. Masyarakat dididik tentang
cara memberi tunjuk ajar, cara bersimpati, memberi pertolongan dan sebagainya.
Setiap anggota merasa sedikit dengan dirinya dan merasa banyak dengan sahabat.
Dia merasa lemah bila bersendirian dan merasa kuat dengan berjemaah.
iv. Adanya pemimpin yang bersifat
pendidik dengan fitrah yang Allah anugerahkan kepadanya. Pengetahuan dan
pengalamannya menjadikan Tarbiyahnya lahir daripada hati sanubari yang
bersih dan ikhlas kerana Allah SWT semata-mata. Setiap perkataan yang keluar
dari hati akan masuk ke hati-hati yang lain tanpa sekatan. Perkataan yang
hanya lahir dari lidah semata-mata tidak akan mampu melewati telinga pun.
Perpatah ada menyatakan: "Orang yang kehilangan sesuatu benda nescaya
ia tidak akan dapat memberikannya."
v. Mempunyai pendidik-pendidik yang
ikhlas, berwibawa dan beramanah mengikut jalan pemimpin agong Muhammad
SAW. Tidaklah dimaksudkan pendidik di sini mereka yang keluar dari
pusal-pusat pengajian tinggi dalam bidang tarbiyah atau pendidikan, dengan
ijazah masters atau PhD. Yang dimaksud dengan pendidik di sini ialah mereka
yang mempunyai keimanan yang tinggi, kerohanian yang kuat, jiwa yang bersih,
kemahuan yang kental, simpati yang luas dan kewibawaan yang memberi kesan
kepada orang lain. Dia mungkin seorang jurutera atau seorang pegawai
biasa atau seorang peniaga atau seorang buruh yang tidak ada kaitan dengan
prinsip-prinsip atau
sistem pendidikan.
vi. Menggunakan berbagai-bagai wasilah
seperti kegiatan-kegiatan di dalam halaqat, usrah-usrah, dan katibah-katibah
yang dijuruskan ke arah matlamat pembangunan insan muslim yang soleh dan
sempurna.
PENUTUP
Menjadikan Islam sebagai satu alternatif penyelesaian
kepada masalah umat manusia mestilah lahir daripada keyakinan yang berteraskan
keimanan, bukan disebabkan kegagalan sistem sistem lain. Islam hanya boleh
memainkan peranannya untuk menyelesaikan masalah manusia apabila ianya
diambil secara syumul dalam bentuk konkrit. Oleh itu setiap pekerja
(amilin) Islam mestilah dibentuk dan diproses berteraskan aqidah tauhid
yang bersumberkan daripada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Islam
tidak akan dapat dibangunkan tanpa rijal (pahlawan). Rijal tidak
dilahirkan tanpa melalui proses Tarbiyah. Dan Tarbiyah tidak akan
memberi sebarang kesan tanpa penglibatan dan penghayatan yang bersungguh-sungguh
daripada setiap individu. Adalah menjadi harapan dan keyakinan setiap
muslim bahawa masa depan adalah milik Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan